Satu rakaman kejadian tetak
dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak pada April lalu kini tersebar di media
siber.
Terdapat dua set rakaman kejadian
ini yang diperoleh daripada kamera CCTV di luar pondok pengawal dan di
dalamnya.
Daripada video yang diperoleh
daripada kamera luar, kebanyakan wajah penyerang dan motosikal digunakan mereka
kelihatan dirakam dengan jelas.
Manakala rakaman daripada CCTV
dalam pondok pengawal menunjukkan suasana cemas apabila dua
pemuda diserang dan
ditetak dengan pisau dan parang oleh beberapa lelaki yang menyerbu masuk dan
sebilangannya pula menetak dari celah tingkap.
Penjahat yang melakukan jenayah
ini kelihatan tidak berhati perut apabila tergamak bergilir-gilir menyerang
mangsa menggunakan parang hingga mereka dibasahi darah sebelum dapat melarikan
diri.
Mengikut satu komen di Facebook,
mangsa mengalami kecederaan parah dengan pergelangan tangan hampir putus ekoran
kejadian ini.
Kejadian dikatakan berpunca
apabila kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar kolej menggagalkan usaha
penjahat mencuri motosikal mereka.
Oleh sebab tidak puas hati
penjahat tersebut memangggil geng pencuri lain lalu terjadilah insiden tetak
menetak ini.
Diharapkan dengan bukti rakaman
begini jelas setiap penyerang yang terlibat kini sudah dibawa ke muka
pengadilan.
Sumber : Mynewshub.my