Antara keberkatan Ramadan adalah mendatangkan sumber rezeki kepada para peniaga makanan.
Jika dilakukan dengan ikhlas,
insyaAllah mereka yang mencari rezeki dengan menjual makanan kepada orang yang
berpuasa turut mendapat pahala.
Bagaimanapun, ada juga yang
mencemar kemuliaan bulan ini apabila berniaga untuk golongan tidak berpuasa.
Contohnya kes di Kedah yang
dibongkar oleh berita TV9 ini. Demi mengaut keuntungan mudah peniaga menjual
nasi bungkus dari bonet kereta seawal jam 7.30 pagi lagi.
Berdasarkan rakaman,
perniagaannya memang laris hinggakan nasi bungkus lauk telur dan ayam sahaja
yang tinggal menjelang tengah hari.
Peniaga turut memberikan nombor
telefonnya kepada pelanggan untuk dihubungi bagi memudahkan mereka membuat
‘tempahan’.
Mudah-mudahan, peniaga bernama
Jalil dalam rakaman ini sudah insaf bahawa apa dilakukannya itu berdosa besar
kerana bersubahat dengan orang yang meninggalkan rukun Islam.
Begitu juga yang tak berpuasa tu,
semoga mereka segera insaf sebelum kantoi hingga terpaksa naik van jenazah.
Sumber : MyNewsHub.My