Video: Kaedah Terbaru Orang Kedah Panjat Pokok Kelapa..!

Pernahkah anda memanjat pokok kelapa?

Bagi mereka yang takut pada ketinggian atau pun tidak tahu bagaimana cara untuk memanjat, KedahNews.com rasa ini mungkin satu perkara yang agak mustahil untuk anda lakukan.

Adakah anda berminat untuk memanjat sendiri pokok kelapa sekiranya mempunyai kaedah yang lebih mudah?

Di sini KedahNews.com ingin berkongsi satu video yang menunjukkan seorang anak jati Kedah berjaya menghasilkan satu alat untuk memanjat pokok kelapa dengan lebih mudah.

Daripada pemerhatian KedahNews.com, alat yang dicipta oleh lelaki yang dipercayai penduduk daerah Baling lebih selamat digunakan bagi tujuan memanjat pokok berbanding cara lama yang dilihat lebih berisiko untuk terjatuh.


Diharap perkongsian video ini akan membuka mata para perniaga di dalam negara untuk memberi ruang kepada anak muda ini mengembangkan hasil ciptaan ke seluruh negeri di negara ini. Mana tahu produk ini dapat dijadikan produk negara untuk dipasarkan ke luar negara bukan?-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor