Bagi mana-mana individu yang pernah tinggal di asrama, mungkin budaya buli atau "ragging" merupakan perkara biasa yang berlaku di sekolah-sekolah menengah.
Cuma mungkin dulu tiada "gajet-majet" yang canggih untuk merakam video ganas "pailang-pailang" yang cuba tunjuk kuat di depan ramai pelajar-pelajar junior.
Admin KedahNews.com yang pernah belajar di sekolah berasrama penuh, pernah menyaksikan dan mencegah budaya melampau bersama rakan-rakan lain. Selalunya, kes yang kami selesaikan akan menyebabkan pembuli dibuang sekolah...
Tapi itu cerita dulu... sekarang lain pula ceritanya.
Budak-budak sekolah di zaman sekarang lain sikapnya. Pukul pelajar beramai-ramai, dan kemudian muat naik ke laman Youtube.
Contoh terbaik adalah berkenaan kes tiga orang pelajar perempuan ‘pailang’ yang kini menyambung pelajaran di Sekolah Tunas Bakti atau dulunya dikenali sebagai "sekolah budak-budak jahat".
Malangnya, kes berkenaan tidak dijadikan iktibar atau pelajaran berguna bagi sesetengah pelajar yang masih nak tunjuk "pailang".
Sebuah rakaman video yang dikatakan berlaku di SMT Miri, sekumpulan
pelajar didapati membuli dan membelasah seorang rakan mereka
beramai-ramai.
Jika di zaman dulu, tindakan sebegini biasanya kami gelarkan sebagai "pondan", "penakut", "pengecut" atau "bapok" kerana tidak berani "one by one", sebaliknya hanya berani "angkat geng" untuk tunjuk samseng di depan rakan-rakan lain.
KedahNews.com tertanya-tanya, apakah pelajar-pelajar ini berani tunjuk "pailang" di depan para pegawai penyiasat Polid DiRaja Malaysia (PDRM) atau Hakim Mahkamah nanti? Sama-sama kita nantikan... - KedahNews.com