Video: Pondan Tukar Bazar Ramadhan Jadi Bazar "Dangdut" Di Klang?

KedahNews.com tidak tahu apa yang bermain di fikiran umat Islam apabila bazar Ramadhan bertukar seolah-olah menjadi bazar "dangdut".

Menurut sumber video yang dimuat turun di laman Youtube, perkara "pelik" ini berlaku di Klang, Selangor.

Pihak kami juga tidak tahu siapa penganjur Festival Bazar Ramadhan tersebut sehingga tergamak menyelitkan slot program sebegini.

Akal kami terfikir, di saat umat Islam di situ membeli juadah berbuka, mungkin dalam sejam dua lagi akan masuk waktu berbuka puasa, mereka dihidangkan sesuatu yang mungkin mampu mengurangkan pahala puasa mereka.

Menghairankan, bagaimana pula pondan-pondan ini boleh dibenarkan berdangdut dan bergelek sakan di majlis yang sepatutnya mengangkat martabat dan kesucian bulan Ramadhan ini?


Para penonton pula dilihat memberi ‘sokongan moral’ dengan bersorak melihat persembahan mereka.
Harapnya selepas ini pihak penganjur akan lebih peka dengan perkara seumpama ini agar tidak berulang di masa akan datang?

KedahNews.com tertanya-tanya, tidak bolehlah pihak penganjur berfikir untuk mengisi slot di festival itu dengan program-program yang lebih "related" seperti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara "live" atau program tahfiz Al-Quran dan seumpamanya?

Mohon pihak berkenaan kaji semula dan gunakan akal fikiran yang Allah SWT berikan untuk berfikir sebelum ramai pula yang dapat dosa percuma memaki hamun di bulan puasa, kan?

Kami berharap agar perkara sebegin tidak berlaku di Kedah atau mana-mana lokasi lagi di bumi Malaysia ini, in sha Allah... - KedahNews.com