Video Viral: Untie Mengamuk Lepas Kantoi Mencuri...

KedahNews.com menggelengkan kepala berkali-kali ketika menonton klip video yang memaparkan seorang wanita Cina tunjuk perangai hodohnya di khalayak ramai setelah dikatakan "kantoi" mencuri barang di sebuah pasaraya di Johor.

Kejadian tersebut khabarnya berlaku di Giant Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru, di mana pihak pengurusan pasaraya tersebut menahan "nyonya" itu kerana mencuri barangan di situ.

Kalau dilihat pada reaksi melampau "nyonya" itu, ramai pelayar-pelayar internet menyifatkan dia seperti insiden "Kiki CDM25" yang viral di media maya sehingga menyebabkan pemilik Peugeot Putih itu ditahan pihak berkuasa.

KedahNews.com tidak pasti sama ada pihak berkuasa berminat untuk menahan "nyonya" itu.

Namun sekiranya dilihat dari sudut perundangan, mencuri merupakan satu kesalahan di negara kita dan sekiranya wujud "prima facie" terhadap kes "nyonya" itu, dia boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang.


Pun begitu, sudah tentu "nyonya" itu punya hak untuk mengupah peguambela di mahkamah, bukan?

Itu tidak menjadi soal dalam hal ini. Persoalannya ialah sikap atau perangai masyarakat atau individu seperti ini perlu dijadikan iktibar oleh seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu kita tidak mahu rakyat Malaysia dikenali dengan budaya yang memalukan seperti ini, bukan?

Kiki mungkin sudah insaf. "Nyonya" itu mungkin akan insaf. Tapi bagaimana pula dengan diri kita?

Justeru, sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik bagi mencipta budaya yang lebih bermartabat dan bermaruah. Jangan burukkan imej kita dengan insiden yang memalukan sebegini, boleh? -KedahNews.com