Seorang wanita menyimbah
petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.
Kejadian berlaku kelmarin apabila
suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa
dengan petrol di luar sebuah warung kopi.
Wanita itu mendakwa perempuan
simpanan suaminya memaksa dia bercerai.
Rakaman video menunjukkan seorang
wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan.
Mangsa kemudian rebah dan mati di
tempat kejadian.
Mayat itu rentung hingga tidak
dapat dikenali.
Selepas serangan itu, Shi meminum
racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya
diselamatkan dan dihantar ke hospital.
Menurut pemilik warung itu, Shi
datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi
berisi petrol.
Apabila tiba di warung itu, Shi
bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang mendampingi suami saya?”
Tanpa menunggu jawapan daripada
mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil
baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya.
Sumber: Mynewshub.my