Dalam satu artikel yang disiarkan di media antarabangsa, Reuters, bertajuk, "Life — if you can call it that — under Israel’s Iron Dome", baru-baru ini, menunjukkan keadaan huru-hara penulisnya yang baru tinggal kira-kira dua minggu di wilayah Tel Aviv, Israel.
Keren Blankfeld merupakan warga Amerika yang baru berpindah ke Tel Aviv atas urusan menyiapkan tugasan ilmiah sebuah buku menzahirkan sebuah kehidupan yang sering dalam kebimbangan di sana.
Gambar yang disiarkan (lihat diatas) menyaksikan ada di kalangan penduduk Tel Aviv yang bertempiaran menyelamatkan diri ke dalam "bunker" dengan hanya berseluar dalam!
Menurutnya, masyarakat Tel Aviv hanya bergantung hidup pada Iron Dome, sistem anti-peluru berpandu milik rejim Israel, untuk menangkis serangan peluru berpandu dari pejuang-pejuang Palestin yang membedil negara haram itu setiap jam, hari dan masa.
"Iron Dome berkesan untuk mematahkan serangan peluru berpandu pejuang Palestin sebanyak 85 hingga 90 peratus, menurut IDF.
"Dengan serangan yang dilancarkan Hamas setiap masa, saya merasakan nilai kehidupan sebenar saya dan masyarakat di sini (Tel Aviv) huru-hara dan hanya bergantung kepada keberkesanan Iron Dome," katanya yang dipetik dari laman media antarabangsa itu.
KedahNews.com melihat pendedahan penulis warga New York itu sebagai membongkar sesuatu yang perlu dijadikan perhatian oleh dunia Islam, khususnya bagi pejuang-pejuang Hamas di Palestin untuk melancarkan serangan yang lebih berkesan.
Untuk menjayakan serangan yang lebih berkesan, Iron Dome perlu diatasi segera.
Maksud kamu, mungkin pakar-pakar tekonologi senjata di kalangan umat Islam mampu mencari akal baru dengan mencipta sistem-sistem baru yang mampu mengatasi "kecerdikan" Iron Dome yang berjaya menangkis serangan peluru berpandu Hamas.
Mengambil iktibar atas apa yang berlaku di Pearl Harbour ketika perang dunia kedua, Amerika Syarikat bangkit mengalahkan Jepun dengan menyerang balas menggunakan bom atom yang melumpuhkan Hiroshima dan Nagasaki.
Dalam hal ini, mungkin Hamas boleh menggunakan taktik yang sama dengan melancarkan serangan paling hebat, dengan syarat mereka perlu melumpuhkan Iron Dome terlebih dahulu, bukan?
Mungkinkah hackers kita boleh menggodam sistem pertahanan Israel tersebut?
Mungkin mana-mana pihak boleh sampaikan mesej ini kepada saudara kita di Palestin? -KedahNews.com