12 NGO Bantah wan Azizah Jadi MB Selangor!!!

Gabungan NGO memberi sokongan terhadap Abdul Khalid pada Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat Menyokong Menteri Besar bersama NGO di Seksyen 14, semalam.

Shah Alam, 21 Ogos – Cadangan Pakatan Rakyat (PR) melantik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu terus mendapat bantahan daripada pelbagai pihak yang jelas tidak bersetuju dengan pelantikan isteri ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam bantahan terbaru, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) turut menyatakan pendirian untuk sebulat suara menolak perlantikan Wan azizah bagi mengantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden ARAS, Abdul Rahim Abdul Wahad berkata, gabungan yang mewakili 12 NGO itu, membantah perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar kerana jawatan tersebut perlu dikekalkan kepada Abdul Khalid memandangkan dia berjaya mentadbir negeri Selangor dengan cemerlang.

 “Abdul Khalid menjalankan tugas beliau dengan cemerlang dan gabungan ini melihat tiada sebab beliau patut diganti, kenapa nak tukar pemimpin yang baik.

“Malah beliau juga diganti dengan seorang yang bukan kelahiran Selangor,” katanya dalam sidang media, semalam.

Sementara itu, antara NGO lain yang turut menyertai bantahan itu ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar, Persatuan Kongres Warisan Melayu Selangor dan Persatuan Bekas tentera Tidak Berpencen.

Antara NGO yang menyertai gabungan itu ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar, Persatuan Kongres Warisan Melayu Selangor dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Merujuk kepada krisis yang berlaku, tindakan Abdul Khalid yang enggan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Wan Azizah menyebabkan dia telah dipecat oleh PKR pada 9 Ogos yang lalu.

Abdul Khalid yang menegaskan dia telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertindak memecat enam orang Exco PKR dan DAP apabila mereka enggan memberi sokongan kepada dirinya.

Dalam satu mesyuarat Pas Pusat 17 Ogos lalu, PAS telah membuat keputusan utuk menarik balik sokongan terhadap Abdul Khalid dan menamakan dua nama iaitu Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon baru menggantikan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu.

Dalam saru sidang media pada hari yang sama, PR rakyat telah memutuskan bahawa hanya Wan Azizah merupakan calon tunggal bagi menggantikan Abdul Khalid sekaligus menafikan nama Azmin yabg turut dicalonkan oleh PAS.

Susulan daripada itu, Abdul Khalid dikhabarkaan hanya menunggu kepulangan Sultan Selangor bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang dijangka berlaku pada 27 Ogos ini. –KedahNews.com.Mohd Shahir Shukor