Kuala Lumpur – Seramai 21
anggota pasukan siasatan Khas dari Malaysia telah dibawa ke ‘Forward Operation
Base’ (FOB) di Soledar yang terletak berhampiran kira-kira 100 kilometer dari
lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) petang semalam.
Kesemua 21 anggota akan ditempatkan di Soledar
dalam keadaan bersedia untuk melakukan siasatan di lokasi nahas sekiranya
keadaan keselamatan di sana selamat.
Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri
Dr. Ahmad Zahid berkata, jarak perjalanan dari Kharkiv ke Soledar mengambil
masa selama empat jam dan jarak lokasi nahas dari penempatan sementara kesemua
anggota sisasat hanya mengambil masa satu jam.
“Sebuah `Combined Joint Task
Force’ di Kharkiv telah memutuskan, pasukan Malaysia seramai 21 orang akan
digerakkan ke FOB di Soledar kira-kira 4 jam perjalanan dari Karkiv pada jam 2
petang ini.
“Jika keadaan keselamatan
memberangsangkan, kita akan masuk untuk membuat penggeledahan di kawasan nahas
pesawat bersama-sama pasukan Netherland dan Australia pada pagi Isnin,” katanya
dalam satu kenyataan media hari semalam.
Sementara itu, Polis Diraja
Malaysia (PDRM) telah berlepas dengan menggunakan keretapi dari Kiev ke Kharkiv
sejauh 500 kilometer Sabtu lalu sebelum meneruskan perjalanan ke Soledar.
Seramai 68 anggota PDRM dari
pelbagai unit yang diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
telah berlepas ke Ukraine Rabu lalu bagi membantu siasatan nahas MH17
bersama-sama pasukan keselamatan antarabangsa termasuk dari Belanda dan
Australia.
Kerajaan Malaysia telah
menubuhkan Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia yang terdiri daripada beberapa
pegawai forensik polis, Pasukan mencari dan Menyelamat Khas Malaysia ( SMART)
dan pegawai perubatan bagi menjalankan siasatan terpenrinci mengenai nahas yang
berlaku pada 17 Julai lalu. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor