1 2204
Johor Bahru – Hampir 30 babi berkeliaran di atas jalan
selepas terjatuh daripada lori muatan yang terbalik di persimpangan
bertingkat Jalan Pontian-Skudai di sini.
Dalam kemalangan jam 11 pagi tadi, lori terbabit dalam perjalanan ke
pusat penyembelihan babi yang terletak di Taman Bukit Kempas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani
Abd Rahman berkata, badan lori yang menempatkan haiwan berkenaan
terbalik secara tiba-tiba ketika tiba di selekoh persimpangan bertingkat
itu.
“Apabila sampai di selekoh, badan lori itu terbalik menyebabkan semua
babi ini jatuh sebelum berkeliaran di atas jalan raya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya pemandu lori dilaporkan tidak mengalami
kecederaan dan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu. –
Harian Metro