Abdul Khalid Sedia Bubar Dun Untuk Selesai Kemelut Di Selangor?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan bubar Dewan Undangan Negeri untuk selesai krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan dia bersedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya tindakan tersebut merupakan jalan penyelesaian terhadap segala krisis yang melanda kepimpinan kerajaan di Selangor.

Abdul Khalid berkata, dia hanya akan membuat keputusan mengenai cadangan tersebut setelah mendapat nasihat serta perkenan Sultan Selangor dan ia perlu tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru.

“Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dulu,” katanya dipetik menerusi The Malaysian Insider pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Abdul Khalid enggan memberi sebarang kenyataan mengenai pertemuannya bersama empat Exco kerajaan negeri daripada PAS terhadap cadangan berkenaan yang mungkin turut dibincangakan dalam mesyuarat mingguan Exco baru-baru ini.

Dalam satu sidang media di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dia sudah mendapat sokongan majoriti daripada 30 Ahli Undangan Negeri (ADUN) dua Adun dari PAS yang bersetuju melantik dirinya sebagai Menteri Besar bagi mengantikan Abdul Khalid.

Menurut Wan Azizah lagi,dia dan kesemua Adun yang hadir dalam sidang media tersebut ingin menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdul Khalid di Selangor.

Merujuk kepada perkembangan terkini Dun Selangor yang mempunyai 56 kerusi, PAS dan DAP memiliki jumlah kerusi yang sama iaitu 15, PKR (13), Barisan Nasional (12) manakala Bebas (1). –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor