Laman Facebook yang dilihat banyak mengkritik
kerajaan dikesan menghina Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah dengan gambar yang direka dalam keadaan cukup memalukan.
Gambar yang menunjukkan baginda seperti terbaring di atas
jalan raya dan badannya hancur dijaja di laman Facebook dengan dikatakan
baginda sudah mangkat dilanggar kereta.
Akaun itu turut menghina surah Al-Fatihah yang sering dihadiahkan
kepada umat Islam yang meninggal dunia sebagai Al-Babiha. Tindakan laman
itu memuatnaik gambar hasil suntingan jahat itu mencetuskan kemarahan
meluap-luap pengguna laman sosial.
Pengguna Melayu melihat tindakan itu sebagai begitu menghina
dan tidak langsung mempedulikan budaya serta nilai menghormati
Institusi Raja Berpelembagaan yang diamalkan dalam sistem demokrasi di
Malaysia.
Pencarian di internet gagal menemui gambar itu yang dipercayai sudah
dipadamkan. Bagaimanapun, daripada beberapa komen yang diberikan gambar
itu memang dihasilkan oleh laman web itu yang menggunakan nama seperti
nama India.
Tindakan itu sememangnya dilihat melampau dan pihak Polis
Diraja Malaysia (PDRM) perlu segera menyiasat dan mencari dalang yang
menghasilkan dan menyebarkan gambar memalukan Ketua Negara itu.
Suatu ketika dahulu, tidak pernah ada seorang pun yang berani
mencabar atau menghina institusi beraja kerana menghormati sistem
berkenaan yang mendukung status agama Islam dan bangsa Melayu di dalam negara ini.
Jelasnya, gambar yang dihasilkan dalam isu ini begitu menghina dan
keadaan Tuanku Abdul Halim digambarkan dalam keadaan yang begitu sadis
dan tragis.
Individu yang bertanggungjawab di dalam kes gambar ini perlu
ditangkap dan segera dibawa ke muka pengadilan kerana perbuatan seperti
ini dilihat semakin menjadi-jadi tanpa ada batasan dan tanda ia akan
berhenti.
Pihak berkuasa perlu mula melaksanakan tindakan tegas menghukum
individu-individu tidak bertanggungjawab ini agar orang lain mendapat
pengajaran dan tidak mahu melakukan perkara yang sama.
Sumber: Mynewshub.my