Laman Twitter rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dilaporkan telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pagi tadi.
Berdasarkan kandungan ''tweet'' yang telah dimuatnaik, penggodam tersebut dipercayai berasal dari Argentina.
Penggodam tersebut telah menukar gambar profil JPAM kepada gambar sekumpulan monyet yang sedang menaip.
Malah, JPAM juga dimalukan oleh penggodam dengan deskripsi laman Twitter tersebut yang tertulis "Hacked By @LiberoamericaMu - @Anon_0x03".
Sememangnya ini sesuatu yang memalukan buat Malaysia. Jika laman Twiitter JPAM pun mampu di godam, laman Twitter negara yang lain pun berisiko untuk terima perkara yang sama.
Berikut adalah beberapa status yang dimuatnaik oleh penggodam tersebut:
Oleh kerana hal itu, beberapa komen negatif turut dilemparkan pengguna laman Twitter terhadap laman Twitter JPAM yang digodam itu.

Insiden yang berlaku ini dipercayai terdapat unsur sabotaj bagi imej pasukan keselamatan itu. Diharap pihak JPAM dapat mamperkemas keselamatan akaun laman sosial mereka ketika ini. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com