Anak Jackie Chan Ditahan Polis Kerana Miliki Ganja


Beijing - Anak kepada pelakon, Jackie Chan, Jaycee telah ditangkap bersama kawannya, Kai Ko kerana memiliki 99 gram dadah jenis marijuana (ganja) di rumahnya, di sini.

Dalam tangkapan itu, polis turut mengesahkan kedua-duanya positif dadah.

Tangkapan itu berikutan usaha polis untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti.

Jaycee yang dilahirkan dan dibesarkan di Amerika Syarikat gagal menyerlah seperti bapanya dalam bidang lakonan. 

Pada 2011, Jackie Chan berkata dia tidak akan mewariskan kekayaannya kepada anaknya kerana mahu dia berdikari.

Jackie Chan akan menderma kekayaan itu kepada badan kebajikan selepas dia meninggal dunia. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com