Anggota Trafik Parah Dirempuh Ketika Bertugas


Seorang anggota polis trafik parah apabila motosikal yang ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah Proton Wira dari arah hadapan di Kilometer 20, Jalan Kulim-Mahang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, Lans Koperal Muhd Syazwan Ahmad Safiudin, 31, sedang bertugas mengiringi mengiringi Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim dari arah Mahang menuju Kulim selepas melakukan lawatan rasmi di beberapa balai polis dalam daerah berkenaan.


Muhd Syazwan dikatakan mengalami kecederaan parah di mana dua bahagian tangan kanannya kerana patah.

"Kaki kirinya juga dilaporkan patah akibat rempuhan berkenaan.

"Manakala pemandu kereta berkenaan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kulim," Lapor laman Sinarharian.com.my.

Siasatan mendapati terdapat beberapa kesan serpihan akibat rempuhan berada pada laluan kereta itu. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com