Apa Kata "Ahli Nujum Facebook" Pada Keluarga Bahagia Ashraf Muslim?



RAMAI sungguh ‘ahli nujum’ tak bertauliah yang ‘bijak’ memberikan komen negatif berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh isteri kedua pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah menerusi akaun Instagramnya.

Kononnya, Ashraf dilihat melebihkan isteri keduanya berbanding isteri pertama iaitu Noor Dayana, menerusi ruang komen di Facebook Rotikaya.

Bagi menambahkan rencah, wajah Dayana dikatakan seolah-olah dalam keadaan sedih dan kurang ceria.

Agak lucu bila kedudukan tubuh Ashraf dan Dayana serta warna pakaian menjadi simbolik berlakunya ketidakadilan dalam rumah tangga mereka.

Ramainya 'Ahli Nujum' Bila Tengok Gambar Keluarga Ashraf Muslim

Ramainya 'Ahli Nujum' Bila Tengok Gambar Keluarga Ashraf Muslim

Aduhai, hebat sungguh tukang komen ini ya!

Jangan sampai anda pula yang jadi pemusnah rumah tangga mereka ya.

Nanti kena menjawab pula di akhirat sana… -Mynewshub.my