Ayuh Sasarkan Kelemahan Puak Kafir Laknatullah #SaveGaze #PrayForGaza


PERISTIWA penindasan terhadap umat Islam bukan perkara baharu, malah telah berlaku sejak zaman para Rasul dan nabi-nabi dengan pelbagai penentang pada zaman masing-masing.

Sehingga kini, negara-negara berpenduduk Muslim seperti di Iraq, Syria, Afghanistan, Republik Afrika Tengah dan Rohingya tidak pernah sunyi daripada berita pergolakan dan penindasan berpanjangan sehingga meragut ribuan nyawa tidak berdosa.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka." (al-Baqarah: 120)
Terbaru, dunia Islam sekali lagi dikejutkan dengan kekejaman terhadap umat Islam yang berlaku di Palestin. Dilaporkan mencecah 2,000 penduduk di Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak dan wanita tidak berdosa telah terkorban akibat pergolakan yang berlaku.

Begitu juga anggaran Palestin menanggung kerugian antara AS$4 bilion (RM12.8 bilion) dan AS$6 bilion (RM19.2 bilion) berikutan kemusnahan ekoran serangan tentera Israel ke atas Gaza selama sebulan. 

Bahkan, hak rakyat Palestin untuk hidup di tanah air mereka terus dinafikan dan usaha pemulauan terus dilakukan walaupun pelbagai langkah diambil termasuk campur tangan asing bagi menghentikan serangan.

Namun, penentangan terhadap agama Allah SWT dilihat seperti tiada kesudahan, malah pelbagai cara serangan terus dilakukan, sama ada dalam bentuk jelas atau tersembunyi bagi merosakkan umat Islam.

Sehubungan itu, pendakwah bebas, Dr. Mohd. Sukki Othman, menegaskan setiap umat Islam perlu melakukan sesuatu dan bersatu dalam mengambil tindakan bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh saudara seIslam ditindas tersebut.

Beliau berkata, terdapat tiga aspek penting yang perlu disasarkan oleh umat Islam terhadap musuh Allah SWT itu bagi melumpuhkan gerakan mereka, sekali gus memperbaiki keadaan umat Islam yang dianiaya di seluruh dunia.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan bahasa Arab dan Ijaz al-Quran, di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, elemen itu adalah politik, media dan ekonomi yang menjadi kekuatan utama musuh dalam mengawal dunia.

“Golongan Zionis yang berpangkalan di Amerika Syarikat merupakan golongan yang menguasai dunia pada hari ini kerana mempunyai pakej lengkap untuk memegang kekuatan utama dunia iaitu mengawal politik, media dan ekonomi.

“Ia berbeza dengan negara-negara Islam yang hakikatnya masih lemah dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Justeru, sebagai umat Islam perlu memainkan peranan mengikut kemampuan dan cara masing-masing untuk menentang golongan tersebut," katanya.

Beliau berkata, dalam aspek politik, sudah tiba masanya pemimpin negara Islam untuk bersatu padu dan menetapkan pendirian sendiri bagi mendesak kezaliman yang berlaku terhadap umat Islam dunia.

“Organisasi Islam antarabangsa sedia ada seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mengumpulkan negara-negara Islam perlu diperkukuhkan serta bebas daripada kongkongan mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu umat Islam ini.

“Dalam konteks media pula, saluran media Islam juga perlu diperluaskan untuk menjelaskan dan memperbetulkan laporan berat sebelah yang dikeluarkan oleh media barat yang juga menjadi cabaran utama bagi menentang pihak yang mengawal media di dunia itu.

“Sementara itu, dalam sasaran ekonomi pula, umat Islam bermula daripada individu sehingga ke organisasi perlu menghentikan sebarang urusan yang berhubung kait dengan golongan Zionis bagi menghancurkan pendapatan mereka yang digunakan untuk disalurkan bagi menentang Islam," jelasnya. -Utusan