Sebelum ini, Anwar pernah bercakap mengenai tarikh 16 September, kononnya beliau akan "naik takhta" menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7. Namun walaupun sudah berkali-kali tarikh 16 September berulang, beliau masih lagi tidak bergelar "Perdana Menteri".
Terbaru, dalam satu petikan video siaran Malaysiakini yang dipercayai "terlepas" atau "lupa diedit", Anwar seolah-olah mendakwa bulan Januari mempunyai 50 hari. Tidak diketahui dari mana datangnya "50 Januari" tersebut, hanya Anwar dan Allah sahaja yang tahu.
Walaupun begitu, Anwar sebelum ini tidak teragak-agak mengkritik pemimpin-pemimpin negara yang kononnya gagal berhadapan media antarabangsa ketika menjawab persoalan mengenai tragedi MH370 yang menjadi perhatian dunia.
Namun kritikan mula kedengaran dilemparkan terhadap Anwar yang gagal berdepan wartawan meskipun yang berada di depannya hanya merupakan wakil-wakil media tempatan dan hanya perlu bercakap mengenai kemelut partinya sendiri.
Bayangkan pula bagaimana reaksi Anwar kalau berdepan media antarabangsa dengan isu yang besar. Mungkin beliau selamba mereka-reka "tarikh" baru yang lain pula.
Begitu perihalnya "calon Perdana Menteri" kita? Jadi "bahan jenaka"lah Malaysia nampaknya... -KedahNews.com