Bekas pemain bolasepak Perak FA, Albert Bodjongo yang kini beraksi JS Kabylie di Liga Algeria dilaporkan meninggal dunia kerana dibaling dengan objek keras di kepala oleh penonton.
Albert, 25 dibaling objek keras oleh penonton halaman sendiri sewaktu berjalan ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan yang menyaksikan JS Kabylie tewas 1-2 kepada USM Alger.
Gol tunggal JS Kabylie dijaringkan oleh Albert sendiri.
Berikut adalah video ketika jenazah Albert menjaringkan gol terakhirnya pada perlawanan yang telah mengorbankan nyawanya, semalam:
Kali terakhir Bodjongo ke Perak adalah pada 25 Jun 2014, menyaksikan perlawanan terakhir Liga Super 2014, Perak vs Pahang di Ipoh. Perak menang 3-0. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com