Seorang bapa terkejut apabila dua anak yang diberi minum
susu kultur buatan tempatan tiba-tiba beraksi ganas selepas bermain
dengan alat permainan yang dipek bersama minuman itu.
Lebih membuatkannya terkedu apabila mainan terbabit bukan mainan
biasa untuk kanak-kanak berumur di bawah enam tahun, sebaliknya dibentuk
seperti buku lima.
Meskipun diperbuat daripada plastik berukuran 11 sentimeter dan
disertakan pen, alat itu tetap mengundang bahaya kerana bentuknya tajam
di bahagian hujung sekali gus tidak wajar dijadikan alat permainan
kanak-kanak.
Bapa terbabit yang mahu dikenali sebagai Wan, 35, berkata, dia tidak menyedari pek susu kultur yang dibelinya dengan harga RM4 di sebuah pasar raya baru-baru ini menyelitkan hadiah permainan itu.
Bapa terbabit yang mahu dikenali sebagai Wan, 35, berkata, dia tidak menyedari pek susu kultur yang dibelinya dengan harga RM4 di sebuah pasar raya baru-baru ini menyelitkan hadiah permainan itu.
“Saya memang selalu beli susu kultur terbabit setiap kali pulang dari kerja kerana harganya murah selain dua anak lelaki berusia setahun dan tiga tahun menggemarinya. -MyMetro