BENARKAH Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk
Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel, Tel Aviv pada 20 Ogos
lepas?
Ini kerana tiket penerbangan Royal Jordanian dengan nama beliau kini tersebar merata di media sosial.
Andai benar, untuk tujuan apa beliau ke sana kerana kita tak
dengar pun Anwar pergi membawa bantuan perubatan atau kewangan untuk
masyarakat Islam Gaza?
Mengetahui sikap Anwar, mustahil la kalau hendak kata beliau buat
kerja di belakang tabir dan tak mahu publisiti kalau benar ke negara
haram yahudi itu atas niat murni membantu masyarakat Islam di sana.
Menurut beberapa laman blog politik, Anwar dikatakan telah pergi ke
Istanbul, Turki pada hari sama untuk menghadiri Perhimpunan Kesatuan
Ulama’ Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
telah dilantik sebagai Naib Ketua kesatuan berkenaan.
Menurut sumber dalaman PKR, Anwar memberitahu kononnya beliau telah
mempengaruhi ulamak terkenal Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul
adalah untuk memastikan Abdul Hadi benar-benar dilantik ke jawatan itu.
Dengar katanya, Anwar hanya berada di Turki selama beberapa
jam sahaja sebelum menaiki pesawat dengan tiket berkenaan ke Tel Aviv
pada hari berkenaan.
Sebab itulah, Kongres Nasional PKR tidak dirasmikan oleh Anwar sebaliknya dibuka oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Pendedahan ini sudah pun berlegar-legar di laman sosial
dengan sangat hebat dan pelbagai pihak mula mempersoalkan akan kesahihan
tiket berkenaan yang memaparkan dengan jelas nama Anwar.
Menerusi laman blog Masterdedah pula, pada tahun 2012, Anwar
pernah sekali pergi ke Turki dan kemudian dipercayai lesap selama enam
jam antara pukul 3.05 petang hingga pukul 9.05 malam pada 4 Februari
2012.
Dalam aturcara yang dikeluarkan Anwar, beliau berkata beliau pergi menunaikan umrah dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah pada waktu itu.
Menurut laman blog sama, semakan dibuat tidak ada satu pun pesawat
yang berlepas dari Tukri pada pukul 8 malam (4 Februari 2012) ke Mekah
dan sampai pada pukul 2 petang. Jadi Anwar ke mana?
Beberapa kemungkinan didedahkan oleh laman blog itu dengan memaparkan
beberapa penerbangan yang mungkin digunakan oleh Anwar untuk ke Tel
Aviv, Israel.
- ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05 IST – TLV by Private Flight.
- ESB – IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
- IST – TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305 – and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with
- TLV – AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.
- IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00
Menurut laporan berkenaan, ada kemungkinan Anwar menghabiskan masa
enam jam di Israel di antara pukul 3 petang hingga pukul 9.05 malam.
Kemudian, Anwar yang juga Ketua Pembangkang balik semula
untuk menyampaikan ucapan di Turki pada Kongres Pendidikan Islam Sedunia
pada waktu itu.
Beberapa laman blog, melaporan perjalanan sama pada 2012 digunakan oleh Anwar untuk ke Israel pada 20 Ogos lepas.
Sehingga kini, 26 Ogos Anwar masih belum memberikan sebarang
penjelasan menafikan perkara ini dan jika beliau terus berdiam diri,
rakyat akan beranggapan seperti memang benar Anwar sudah ke Israel.
Kita berharap Anwar akan segera memberikan penjelasan menafikannya.
Sumber: MYNEWSHUB.MY