Boikot: Pekerja Starbucks Diludah


Perbuatan memboikot barangan Israel adalah dengan tidak membeli barangan buatan mereka. Konsep boikot ini amatlah mudah.

Tetapi ada segelintir rakyat Malaysia yang mungkin terlalu fanatik dengan konsep boikot ini sehingga bersikap biadap terhadap pekerja restoran yang mencari rezeki di restoran-restoran yang diboikot.

Terbaru, menerusi status Shazwan Sazali, yang dikongsi di laman Facebook Friends of BN, dia bertindak memeberi teguran terhadap satu individu yang meludah pekerja Starbucks kerana mahu menunjukkan protest terhadap produk israel itu.

Berikut adalah 'screen shot' dari laman Facebook tersebut:


Setahu penulis, agama Islam tak ajar ludah-meludah kat sesama manusia ni. Janganlah bertindak ikut emosi walaupun perasaan marah itu sudah membuak-buak. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com