Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bertindak memecat semua Exco Kerajaan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berkuatkuasa hari ini melalui surat yang dikirim kepada 6
Exco terbabit.
Bagaimanapun, Exco PKR, Rodziah Ismail terkecuali dalam tindakan mengejutkan itu ekoran beliau kini sedang berada di luar
negara.
Berikut adalah senarai Exco Kerajaan Negeri yang dipecat:
DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin
*Berita selanjutnya akan menyusul.