Desas-desus terkini yang
KedahNews.com perolehi menyatakan Pakatan Rakyat(PR) akan mengumumkan Timbalan
Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar
yang baharu bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut sumber tersebut, pengumuman
pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor akan dilakukan pada satu sidang
media petang ini selepas PR selesai
mesyuarat.
Perlantikan Azmin sebagai Menteri
Besar dilaporkan sebagai satu jalan tengah terhadap penyelesaian krisis yang
melanda di negeri Selangor sekaligus menafikan hasrat Presiden PKR, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disebut-sebut sebelum ini bakal mengantikan Abdul
Khalid.
Jelas sumber itu lagi, Wan Azizah
dilaporkan tidak bersetuju dengan perlantik Azmin menerajui Kerajaan Negeri
Selangor walaupun keputusan tersebut
mendapat reaksi positif daripada Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim
yang gembira jawatan itu diisi oleh ‘anak didiknya’.
KedahNews.com tidak dapat
mengesahkan kesahihan laporan berkenaan dan sekiranya benar Azmin bakal
dilantik menjadi Menteri Besar, keputusan itu pasti memberi satu tamparan hebat
kepada Wan Azizah yang sebelum ini sangat teruja apabila namanya diumum sebagai
calon tunggal untuk mengantikan Abdul Khalid. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor