Budak Kedah Bangga Bayar "Zakat Peluru" Di McDonald's Sungai Petani

 


Dalam orang ramai masih lagi sibuk dengan kempen-kempen memboikot barangan Israel, ada juga segelintir manusia yang tidak faham atau buat-buat tidak faham perkara boikot ini.


Lebih menyedihkan, mereka bertindak memuatnaik tindakan songsang mereka ini ke laman sosial. Mungkin mereka mengharapkan kecaman dari orang ramai supaya dapat jadi popular.

Dalam kes terbaru, seorang pengguna laman Twitter memuatnaik status di Twitter yang mengatakan wang yang digunakannya untuk membeli McDonald's adalah zakat peluru kepada Israel. 

Lebih dari itu, dia turut menggunakan 'hashtags' #boikothamas kepada status tersebut.

Sekiranya tidak setuju dengan tindakan orang ramai memboikot McDonalds sekalipun, tidak perlulah muat naik ideologi kat Twitter dan tak perlulah menggunakan perkataan 'zakat' untuk menunjukkan sokongan terhadap Yahudi kerana perkataan 'zakat' ada dalam lima rukun Islam.

Perkara sebegini tidak sebolehnya perlu dielakkan demi menghormati kedukaan yang dialami oleh saudara kita di Gaza. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com