(Gambar: Reuters) |
Seramai 6 kanak-kanak dilaporkan antara yang terkorban dalam 30 siri serangan udara terbaru yang dilancarkan ke atas Gaza oleh pihak tentera Zionis Isreal laknatullah dan menyaksikan sekurang-kurangnya 16 warga awam Palestin terbunuh.
Menurut laporan dari pasukan perubatan Palestin, pihak mereka mengesahkan pegawai kewangan Hamas,
Mohammed al-Ghul juga antara mangsa yang terbunuh dalam serangan itu ketika beliau sedang
memandu di bandar Gaza.
Tentera rejim Zionis nekad meningkatkan serangan mereka terhadap Gaza sebagai usaha
menghapuskan Hamas dengan melibatkan serangan udara Israel bertali arus dan bertumpu di kawasan
utara Gaza.
Dengan angka korban tersebut, jumlah korban maut penduduk Palestin dalam
serangan Israel di Gaza telah meningkat kepada seramai 2,112 orang.
Menurut Reuters, tentera Israel yang layak didakwa di mahkamah jenayah perang itu turut mensasarkan bangunan-bangunan tinggi di Gaza di mana beberapa pangsapuri, menara Al-Zafer, setinggi 13 tingkat dan premis pejabat menjadi sasaran serangan udara mereka.
Perang yang berlarutan lebih 7 minggu di antara para pejuang Hamas dan rejim Yahudi Israel itu disaat ekonomi
Gaza memerlukan masa lebih tiga tahun untuk pulih semula, ekoran
kemusnahan teruk dalam sektor perindustrian, perladangan dan peningkatan
kadar pengangguran.
Sebelum itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan melancarkan serangan habis-habisan terhadap Palestin setelah bedilan roket pejuang Hamas dilaporkan telah membunuh seorang kanak-kanak Yahudi di Tel Aviv.
Netanyahu dalam ikrarnya mendakwa Palestin perlu membayar dengan harga yang tinggi atas kematian kanak-kanak Yahudi itu namun terlupa bahawa negara haram Yahudi yang terbina di atas bumi negara Islam itu telah membunuh beribu-ribu kanak-kanak Palestin sejak konflik bermula. -KedahNews.com