Seorang calon Presiden Brazil,
Eduardo Campos dilaporkan maut bersama enam orang pengikutnya apabila jet yang
dinaikinya untuk pergi berkempen telah terhempas akibat cuaca buruk di kawasan
perumahan di Bandaraya Santos.
Menurut laporan yang dipetik
melalui AFP, ketika kejadian berlaku Campos dipercayai dalam perjalanan ke Sao
Paulo dengan menaiki pesawat Cessna
560XL untuk mengadakan satu rakaman televisyen di sana sebelum ia dilaporkan
terhempas.
Merujuk kepada sumber, Campos,
49, merupakan seorang calon sosialis dan dia berada di kedudukan ketiga tertinggi
sebagai Presiden Brazil dalam satu tinjauan dibuat oleh media di sana menjelang
pemilihan yang bakal berlangsung Oktober ini.
Kematian Campos telah menyebabkan
Presiden Brazil, Dilma Rouseff mengistiharkan negara itu akan berkabung dan
sebarang kempen tidak dibenarkan dilakukan selama tiga hari bagi sebagai
penghormatan.
“Semua rakyat Brazil dalam kesedihan dan
berkabung. Kita hilang seorang tokoh hebat di Brazil hari ini iaitu Eduardo
Campos,” katanya. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor