Perkahwinan pasangan pelakon
Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat, 8
Ogos ini tidak akan menjadi kenyataan selepas ibu kepada bakal pengantin
perempuan memaklumkan majlis tersebut sudah dibatalkan.
Ibu kepada Amyra Rosli yang juga
bertindak sebagai pengurus Norzaridah Ahmad, memaklumkan yang keputusan
berkenaan dibuat hasil perbincangan kedua-dua belah keluarga dan kesepakatan
itu dicapai pada Ramadan lalu.
“Pernikahan yang sepatutnya
berlangsung pada 8 Ogos dibatalkan dan tidak akan menjadi kenyataan atas
persetujuan bersama.
"Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.
"Maaf kami tidak dapat berkongsi punca pernikahan itu tidak menjadi kenyataan, sebaliknya berharap semua pihak menghormati hal peribadi yang membabitkan keluarga kami.
“Mengenai jodoh mereka berdua,
kami serahkan kepada ketentuan takdir. Hanya itu yang dapat saya katakan ketika
ini,” kata ibu Amyra.
Dazrin dan Amyra berkenalan
selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.
Sumber : BH Online