Gambar hiasan |
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses menyediakan bangunan khas untuk memudahkan badan bukan kerajaan (NGO) dan kementerian berkaitan menjalankan aktiviti kebajikan bagi membantu golongan gelandangan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya dalam proses membeli sebuah bekas hotel di Jalan Raja Laut yang merangkumi tiga bangunan masing-masing setinggi lima tingkat dengan keluasan keseluruhan 1,860 meter.
“Kami sedang berunding dengan pemiliknya dan berharap ia dapat dimuktamadkan dalam tempoh sebulan, dua bulan ini,” katanya kepada yang dipetik dari laman mstar.com.my.
Ahmad Phesal turut berkata, selain menyediakan makanan melalui ‘dapur jalanan’, DBKL juga akan mengenal pasti aktiviti lain yang boleh dilakukan di premis itu.
"DBKL amat menghargai usaha NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan untuk gelandangan, namun berharap mereka lebih memberi tumpuan kepada aspek penjagaan kebersihan," tegas Ahmad Phesal lagi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com