ALOR SETAR - Kegembiraan Aidilfitri kebanyakan penduduk Taman Desa
Seraya dikatakan terbantut kerana masalah gangguan bekalan air akibat
masalah tekanan rendah.
Difahamkan, sudah enam kali penduduk taman perumahan berkenaan terputus bekalan air, iaitu dua sewaktu Ramadan dan empat kali ketika Syawal ini.
Norreha Othman, 40, berkata, dia berasa kurang seronok menyambut Syawal kali ini apabila ketiadaan air menyukarkan dirinya untuk melakukan persediaan hari raya.
“Bayangkan, sanak saudara dan kenalan datang menziarahi kita, namun kita tidak mampu melayan mereka dengan baik apabila turut sama tidak boleh menggunakan air.
“Malangnya, jamuan makan yang dicadangkan kami sekeluarga terpaksa dibatalkan akibat masalah air berkenaan. Malah, kami terpaksa menadah air untuk memasak makanan untuk hidangan,” katanya.
Manakala, katanya, makanan lain terpaksa dibeli demi menjamu, sekaligus menyambut tetamu yang mengunjungi kediamannya pada pagi Syawal berkenaan.
Penduduk Airuddin Ahmad, 37, berkata, penduduk terlibat mengalami kepayahan apabila berdepan masalah bekalan air rendah semenjak 1 Syawal lepas.
“Paling ketara, ketika waktu kemuncak seperti pagi dan petang. Jikalau, ada hanyalah lelehan air. Malah, masalah bekalan air tidak selesai sehingga hari ini (semalam).
“Kami terpaksa menghabiskan masa semata-mata untuk melakukan aktiviti harian seperti masak, mencuci pakaian ataupun membersihkan diri sendiri,” katanya.
Meskipun, katanya, mereka dimaklumkan masalah bekalan air sepatutnya selesai pada 4 Ogos, namun masalah tetap berulang apabila ia sekejap ada dan sekejap tiada.
Manakala, rakannya, Fathilatul Zakimi Abdul Hamid, 45, berkata, dia sekeluarga terpaksa menadah air, lalu mandi di luar rumah semenjak seminggu lepas.
Menurutnya, hampir 100 peratus aktiviti harian mereka bergantung kepada bekalan air, namun mereka terpaksa menanggung kesulitan akibat masalah tersebut.
Ibrahim Md. Daud, 45, berkata, mereka sudah membuat aduan sebanyak beberapa kali, dengan harapan isu bekalan air selesai dan tidak berulang kembali di masa hadapan.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rofedi Sulaiman berkata, masalah bekalan air di taman perumahan berkenaan berpunca daripada kerosakan plumbum tangki.
Bagaimanapun, katanya, pihak mereka sudahpun melakukan kerja membaiki kerosakan plumbum tangki berkenaan, selain dengan mengisi bekalan air untuk kegunaan penduduk.
“Sada sedang berusaha menangani masalah dihadapi penduduk. Namun, proses mengisi air mengambil sedikit masa kerana pada masa sama penduduk sedang menggunakannya,” katanya.

Untuk itu, katanya, mereka memohon supaya penduduk bersabar seketika, kerana proses memenuhkan tangki air taman perumahan berkenaan memerlukan satu tempoh.
Sumber: Sinar Harian