Dipecat Keahlian PKR: Khalid Menghadap Sultan Selangor Esok


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Penasihat Raja-Raja, esok.

Abdul Khalid berkata, beliau akan mengumumkan tindakan yang akan diambilnya tindakan PKR memecat beliau sebagai ahli parti itu.

"Berkenaan tindakan membuat rayuan terhadap parti, perkara ini juga akan dibincangkan esok," katanya yang dipetik dari laman bharian.com.my ketika ditemui selepas mengiringi Sultan Selangor di Majlis Penutup Kursus Perdana Haji 2014, di Shah Alam sebentar tadi.

Tindakan PKR memecat Abdul Khalid dipercayai adalah kerana 'kedegilannya' meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan memberikan laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com