Kadang-kadang kes kecil saja tapi
disebabkan tak mampu mengawal perasaan manusia boleh menjadi kurang sopan.
Inilah dilakukan pekerja arked
permainan video di sebuah pusat beli belah terkemuka yang menunjukkan jari
tengah pada pelanggan kerana tidak puas hati.
Menurut cerita yang disebarkan
pelanggan terbabit menerusi laman sosial, kejadian bermula bila seorang
rakannya meminta token ganti yang digunakan pada salah satu mesin yang rosak
namun pekerja di situ memintanya supaya membeli token baru.
Rakannya menolak untuk membeli
token baru kerana itu bukan salahnya. Pekerja di situ kemudiannya membenarkan
rakannya bermain satu permainan secara percuma dan ini dipersetujui oleh
mereka.
Namun tidak lama kemudian dua
pekerja dalam gambar ini dikatakan mula mengekori mereka dan mengeluarkan
kata-kata mengejek.
Berasa panas hati dengan keadaan
ini pelanggan terbabit mengambil gambar untuk dibuat aduan kepada pihak
pengurusan dan salah satu hasil rakaman gambarnya adalah jari tengah seorang
pekerja terbabit.
Aduh, kami pun tak faham
kenapalah dua pekerja bertudung ini mahu emo lebih-lebih dan melakukan
provokasi terhadap pelanggan sedangkan kedai permainan video itu bukan mereka
punya pun. Bagi sajalah token baru pada pelanggan kalau dah terbukti memang
kesilapan di pihak majikannya bukan?
Paling bodoh bila membuat isyarat
lucah begitu, tak fasal-fasal merendahkan martabat perempuan bertudung yang sepatutnya
pandai menjaga adab.
Sumber : MYNEWSHUB.MY