Dunia Saksikan Gerhana Bulan 'Supermoon' Malam Ini!


Saintis NASA, Shawn Domagal-Goldman berkata, pada malam ini seluruh warga bumi akan dapat menyaksikan satu fenomena alam yang cantik iaitu detik bulan mengambang paling besar dan terang tahun ini.

Secara teknikalnya, kejadian bulan mengambang paling besar dan terang atau ‘Supermoon’ ini akan berlaku sekali setiap tahun.

“Perbezaan antara bulan mengambang kali ini hanya 10 peratus lebih terang “ kata Goldman yang dipetik dari laman Astroawani.com.

Katanya lagi, detik itu adalah perkara menarik untuk dinikmati semua apatah lagi ia sering diabaikan dalam kehidupan seharian.

“Walau bagaimanapun pencemaran cahaya mungkin akan menyebabkan kita tidak dapat menyaksikannya” tambahnya.

Supermoon merujuk kepada kejadian apabila bulan yang mengorbit Bumi dalam elips trajektori berada paling dekat dengan planet kita.

Aktiviti bulan mengambang telah berlaku sebelum ini, namun Supermoon pada Ahad adalah ketika dimana bulan akan kelihatan mengambang pada saiz paling besar dan terang dalam tahun ini. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com