Pelakon remaja yang pernah
mencetuskan kontroversi bersama bekas kekasihnya Afiq Muiz, Eina Azman akhirnya
bakal menamatkan zaman bujang bersama seorang lelaki Sikh yang bergelar "Datuk".
Pendedahan pelakon berusia 20
tahun itu dibuat ketika ditemubual oleh wartawan Metro selepas pelbagai khabar
angin mengenai perkara tersebut mula didedahkan melalui beberapa laporan media
sosial.
Menurut pelakon berusia 20 tahun
itu, lelaki Sikh yang dimaksudkan itu ialah Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, dan
dia tertarik dengan lelaki ini disebabkan sikapnya yang amat bertanggungjawab
serta sering memberi nasihat kepadanya.
“Awal perkenalan kami biasa-biasa
saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir
secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka
menasihati saya.
"Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.
"Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.
“Biarpun beza usia 15 tahun, kami
berdua dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Insya-Allah kami
bercadang untuk membina mahligai rumah tangga pada penghujung tahun ini tanpa
adanya majlis pertunangan,” katanya.
Selain itu, Eina menegaskan
keputusannya untuk berkahwin dengan Gurmet dilakukan selepas dia mula berfikir
secara mendalam dan berharap dengan perkahwinan yang bakal berlangsung nanti
akan dapat mengelakkan dirinya daripada sebarang kontroversi.
“Keputusan untuk berkahwin
bukanlah saya lakukan dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi selepas berfikir dengan
mendalam. Sejauh mana pun saya pergi dan setinggi mana pun kejayaan yang
dikecapi, saya perlukan suami di sisi. Sama ada lambat atau cepat, saya akan
berkahwin juga nanti.
“Sekiranya rezeki saya dalam
bidang lakonan masih ada, Gurmet tidak menghalang saya untuk meneruskannya.
Saya pun sudah serik dihujani kontroversi dan semoga dengan perkahwinan itu
nanti menjadikan hidup saya akan lebih aman dan tenteram,”ujar pelakon filem
Ratu itu.
Walaupun berbeza fahaman agama
serta jarak usia diantara mereka, ia bukanlah satu penghalang bagi meneruskan
hasrat untuk berkahwin kerana ibu Eina kini sedang berusaha membantu mengajar
Gurmet mendalami ilmu agama Islam.
”Bagi memberi pemahaman Gurmet
terhadap Islam, ibu saya banyak memberi panduan kepada Gurmet,” tambah pelakon
itu lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor