Enot Bersyukur Kembali Terima Tawaran Berlakon

enot

Sejak pendedahan mengenai kanser usus yang dihidapi pelakon dan pelawak, Enot oleh media, dia mengakui banyak tawaran berlakon diterima daripada beberapa produksi tempatan yang bersimpati dengan keadaanya.

Menurut Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah 36, sebelum ini hampir dua tahun dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon tetapi keadaan sudah berubah kerana jadual lakonanya kembali padat sejak Ramadhan yang lalu.

"Sebelum ini sudah dua tahun saya tidak mendapat tawaran dan tertanya-tanya juga mengapa situasi itu berlaku tetapi ia berubah selepas berita mengenai penyakit saya disiarkan media.

"Alhamdulillah, jadual saya padat dengan beberapa projek sejak Ramadan lalu dan ini adalah rezeki untuk anak-anak," katanya yang dipetik dari mStar Online, baru-baru ini.

Enot berkata, penyakit yang dialaminya buka satu alasan untuk tidak bekerja dan selagi terdaya dia akan terus mengerah kudrat untuk bekerja dari terus mengharapkan ehsan daripada orang ramai.

"Saya tidak mahu menjadikan kanser sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan saya akan tidak akan mempersia-siakan kepercayaan produksi yang mengambil saya berlakon biarpun mereka tahu keadaan saya," katanya lagi.

Selain itu, Enot berkata, keadaannya semakin baik selepas menjalankan rawatan altenatif (cara tradisional) walaupun dia sudah berhenti menjalankan rawatan susulan kimoterapi dan radioterapi bagi melawan kansernya.

"Saya sudah mencuba rawatan di hospital dan kini saya mahu cuba rawatan alternatif pula. Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif," ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor