ESSZone Belum Selamat, Perintah Berkurung Dilanjutkan -Komander

LAHAD DATU – Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan sehingga tempoh yang akan ditentukan kelak.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Katanya, penguatkuasaan itu tetap membabitkan larangan bagi aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan menyelam di perairan enam daerah terbabit iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kanak, Semporna dan Tawau.

Ia dikuatkuasakan mulai jam 6 petang hingga 6 pagi.

Perintah berkurung itu sebelum ini dilaksanakan selama dua minggu sejak 19 Julai lalu dan berakhir jam 6 pagi tadi. - BH Online