Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin tidak menyangka bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pedas menyindirnya berkenaan sokongan Lim Guan Eng terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Faekah Husin yang jelas membela bekas "boss"nya itu selamba memulangkan "paku buah keras" terhadap kenyataan Guan Eng yang sebelum itu menyokong seorang wanita dilantik sebagai Menteri Besar
Selangor.
"Ya mula dengan P.Pinang. Go for it Betty!”," tulis Feakah di akaun laman sosial Twitter yang dipercayai ditujukan khas kepada isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng.
"Ya mula dengan P.Pinang. Go for it Betty!”," tulis Feakah di akaun laman sosial Twitter yang dipercayai ditujukan khas kepada isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng.
KedahNews.com yakin tweet berkenaan berniat untuk menyindir Guan Eng supaya berundur dari jawatan yang disandang dan memberi laluan kepada isterinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.
Bagaimanapun, Betty hanyalah bekas Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana yang tidak bertanding pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak memegang apa-apa jawatan
politik.
Selain itu, tweet berkenaan juga mencerminkan sokongan Faekah terhadap Khalid yang sebelum ini melantik bekas Setiausaha Politik itu ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated
(MBI) Selangor, setelah "dicantas" musuh politik dalaman PKR.
Jumaat lalu, Guan Eng menggesa supaya semua pemimpin dari pelbagai parti menyokong wanita dilantik sebagai menteri besar, diyakini sengaja dibuat bagi menjayakan gerakan "konspirasi peringkat tertinggi" PKR di Selangor.
Hubungan di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat kini semakin tegang berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat khususnya suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu mahu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor digantikan oleh isterinya yang merupakan Adun Kajang.
Namun cadangan Anwar itu ditentang keras oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dewan Ulama PAS secara terbuka sehingga mencetus krisis keretakan dalaman yang lebih serius. -KedahNews.com