FB 'Jilboobs' Dedah Bentuk Payudara Wanita Bertudung!!


Di sini KedahNews.com ingin berkongsi satu maklumat (info) kepada semua golongan wanita bertudung di negara ini agar lebih berhati-hati ketika memuatnaik gambar di laman sosial, Facebook (FB).

Daripada sumber yang pihak kami perolehi dari MyNewshub.My. akaun FB yang dikendalikan oleh admin dari Indonesia bernama “Jilboobs” telah memuatnaik gambar-gambar wanita yang diambil menerusi laman FB mereka untuk diletakkan di dalam laman sosialnya.

Gambar-gambar yang dimuatnaik dalam FB tersebut jelas menunjukkan admin berkenaan memilih gambar wanita bertudung memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk payudara mereka.

Semua gambar-gambar yang dimuat naik jelas menunjukkan kesemua wanita-wanita ini berasal dari negara Malaysia dan Indonesia.

Berkemungkinan niat admin tersebut untuk memberi kesedaran kepada gologan wanita yang mengenakan tudung tetapi memdedahkan aurat yang lain satu perkara yang wajar dipuji.

Jika benar andaian KedahNews.com, seharusnya admin tersebut perlu mengaburkan wajah mereka kerana bimbang tindakannya yang terus memuanik gambar mereka tanpa sebarang tapisan akan mengaibkan wanita-wanita ini.

KedahNews.com bimbang sekiranya benar admin ini mahu ‘berdakwah’ dalam FB berkenaan ia mungkin akan mendatangkan dosa kepada dirinya sendiri kerana Islam melarang umatnya mengaibkan orang lain walaupun niat dan tujuannya ikhlas. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

JILBOOBS 2

JILBOOBS