Gadis 15 Tahun Diculik Dan Dirogol Bergilir-Gilir


RANTAU PANJANG – Seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menempuhi satu detik sukar apabila dia telah diculik oleh sekumpulan lelaki sebelum dirogol secara bergilir-gilir ketika dalam perjalanan pulang kerumahnya pada jam 1.15 petang, Isnin lalu.

 Ketika kejadia berlaku, mangsa yang diculik dikatakan dalam perjalan pulang dari sekolah.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa merupakan pelajar tingakatan tiga sebuah sekolah di sini dalam perjalanan pulang dengan menaiki sebuah motosikal sebelum suspek yang menaik kereta Waja berwarna putih bersama rakanya menaiki Proton Wira merah menghimpit gadis berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Mangsa yang terjatuh kemudiannya telah ditarik ke dalam kereta tersebut dan mendapati terdapat empat lelaki berusia lingkungan 20-an lain turut berada di dalam kereta itu.

"Salah seorang daripadanya memegang dan memukul mangsa manakala suspek lain merogolnya.

"Mangsa ditinggalkan di tepi jalan dekat Bunut Susu Tendong iaitu hampir 10 kilometer daripada tempat diculik sebelum ditemui orang awam," katanya.

Haliludin berkata, berdasarkan keterangan daripada mangsa, pihaknya kini giat menjalankan operasi dalam memberi kesemua suspek yang terlibat merogol gadis berkenaan.

Jelasnya lagi, kesemua suspek yang terlibat akan disiasat mengikut seksyen 365/376 Kanun Keseksaan

Haliludin berkata, berbekalkan gambaran mangsa, usaha mengesan kesemua suspek giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut seksyen 365/376 Kanun Keseksaan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor