Gambar: Sambutan Malam Kemerdekaan Di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar


Salam kemerdekaan ke-57 dari Kedah News.

Semalam, Kedah News telah membuat tinjauan ke Dataran Masjid Zahir, iaitu lokasi popular di Alor Setar ketika menyambut hari kemerdekaan atau lain-lain hari kebesaran.

Walaupun jam sudah menunjukkan jam 2 pagi, kelihatan dataran itu masih sesak dipenuhi dengan pelbagai kaum dan umur bagi meraikan hari kemerdekaan negara kita. Terserlah semangat patriotisme yang disemaikan.

Di kesempatan itu, kami sempat menemuramah segelintir penduduk setempat berkaitan dengan kemerdekaan. 

Antara soalan yang diajukan adalah;
  1. Apakah erti kemerdekaan dari sudut peribadi? 
  2. Apakah perubahan Malaysia yg anda dapat lihat selepas 57 tahun kemerdekaaan negara kita? 
  3. Patutkah Jalur Gemilang yang sedia ada ditukarkan? Contohnya seperti cadangan oleh pihak tertentu, seperti bendera 'Sang Saka Malaya'.
  4. Apakah yang anda faham dengan tema kemerdekaan tahun ini, 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta'?
Namun begitu, rata-rata dari mereka memberikan jawapan yang positif. Kefahaman yang diberikan tentang erti kemerdekaan  juga sangat bertepatan dengan konsepnya.

Diharap kemerdekaan yang negara kita kecapi sekarang dapat dijaga sebaik mungkin agar kita tidak dijajah lagi.

Gambar suasana sekitar Dataran Masjid Zahir, Alor Setar malam semalam;




Untuk lebih gambar menarik, pembaca boleh lihat halaman Facebook kami.

- Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com