Pada Jumaat baru-baru ini telah berlangsung kempen "boikot McDonald's" yang berlangsung di seluruh negara.
Menurut tinjauan KedahNews.com, rakyat Kedah khususnya di Alor Setar turut mengambil bahagian mengadakan perhimpunan aman di beberapa lokasi berhadapan restoran makanan segera di sekitar bandaraya itu.
Alhamdulillah, tiada sebarang keadaan tidak diingini berlaku dan rakyat Kedah yang menyertai kempen memboikot McDonald's pada hari tersebut jelas berkelakuan baik serta tidak bertindak ganas sebagaimana yang berlaku di Dungun, Terengganu, sebelum ini.
Pihak pengurusan McDonald's di sekitar Alor Setar turut "pasrah" dengan menutup restoran masing-masing ketika demostrasi berlangsung, namun dibuka semula setelah kempen memboikot restoran berkenaan berakhir sekitar setengah jam berikutnya.
Pihak berkuasa yang turut berada di lokasi menjelaskan bahawa tiada sebarang kekecohan berlaku dan berada di dalam suasana terkawal.
"“Semuanya terkawal dan polis hanya datang mengawal keadaan dan lalu lintas,” kata Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mat Akhir Jaafar ketika ditemui KedahNews.com.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam jurugambar kami: