Gambar Senjata Terbaru PDRM: "CZ Scorpion Evo 3" Bakal Diperkenal?


Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijangka berura-ura untuk memperkenal senjata semi-automatik "CZ Scorpion Evo 3" sebagai senjata baru kegunaan pasukan keselamatan itu.

KedahNews.com difahamkan melalui sumber bahawa senjata buatan Republik Czech itu baru sahaja diuji sebanyak 400 laras di lapang sasar PDRM di Sungai Buloh, Selangor.

CZ Scorpion Evo 3 ciri-ciri seperti berikut:

Berat: 2.77 kg (megazin penuh)
Panjang: 670 mm
Panjang laras: 196 mm
Lebar: 60 mm
Tinggi: 262 mm



Namun begitu, maklumat menjelaskan bahawa senjata tersebut belum lagi dilancarkan secara rasmi lagi oleh pihak PDRM dan masih di peringkat ujian sahaja. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com