Pelakon, Sharnaaz Ahmad telah memberi amaran keras kepada pengacara "diva" kontroversi, Azwan Ali, kerana didakwa mengutuk bangsa Melayu melalui akaun laman sosial.
Semalam, menerusi akaun Instagramnya, Sharnaaz sekali lagi memuatnaik ‘screenshot’ status Twitter Azwan yang menyebut, pembantu peribadinya yang telah menyekat sebahagian pengikut yang disifatkannya sebagai ‘jijik’ dan ‘ahli neraka’.
Namun begitu, perkara yang menaikkan kemarahan Sharnaaz adalah "hashtags" yang digunakan Azwan iaitu #MELAYULAKNATULLAHMSIA, yang dianggap menghina bangsa Melayu di seluruh negara.
Oleh itu, Sharnaaz bertindak memberikan amaran kepada Azwan yang berbunyi:
''Salam Khas buat bro @divaazwanavazz Sy tak pernah kisah awk nak selfie camana pun, tapi ingat, perkataan yg lahir dari mulut pinjaman awak tu dah menguris hati Org Melayu.. Anak melayu jangan diusik degan perkataan menghina bang, cilaka badan bang..
''Abg nak maki saya saya tak akan maki abang balik, sebab abg lagi tua dari saya, saya dah takde hormat kat abg, saya doakan abg yg baik baik, takde niat nak aibkan bro, TETAPI kalau MELAYU bro jentik, waspadalah bang, sebab sekelilingmu ada lah org org MELAYU..
*kepada yg nak komen tak elok baik hentikan, doa yg baik, bukan aibkan dia yg sedia ter-aib.. *kepada sesiapa org MELAYU nak menyokong dia silakan, saya tarik hormat saya pada anda sebagai melayu. *Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap jugak bila sampai ke tangan azwan.. Ini bukan soal jantina, aib, personal, INI SOAL BANGSA MELAYU YG DI INJAK KEDAULATAN!! MOHON MAAF PADA MELAYU SEBELUM TERLAMBAT BANG”Tindakan berani Sharnaaz ini mendapat komen yang positif oleh pengikut Instagramnya kerana tidak lupa akan ''asal-usul'' sendiri.
Namun begitu, Azwan dilihat masih lagi cuba menegakkan benang yang basah dan degil menerima teguran walaupun tindakannya terang-terang biadap dan lupa daratan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com