Gara-Gara Selfie, Pasangan Hampir Maut Disambar Petir!

Berikut disiarkan sebuah rakaman mengenai pasangan yang hampir hangus disambar petir ketika sedang asyik ber"selfie".

Lelaki tidak berbaju dan pasangannya yang berbikini itu sedang berseronok di tepi tasik dalam suasana hujan sambil cuba merakam gambar "selfie" mereka.

Tidak disangka-sangka, kilat petir datang menyambar benar-benar di belakang pasangan tersebut.

Menurut sumberu, video berkenaan dipercayai telah dirakamkan di pusat peranginan Yal-Ku Lagoon di Akumal, Quintana Roo, Mexico.

Pusat pelancongan itu agak terkenal dengan aktiviti perkelahan, renang santai dan turut menawarkan aktiviti snorkeling.

Difahamkan ketika kejadian, pasangan itu sebenarnya mahu beredar dari kawasan lagoon itu apabila diminta berbuat demikian oleh petugas penyelamat pantai kerana diberitahu ada ribut akan berlaku.

Sebelum beredar pasangan itu membuat keputusan untuk merakamkan satu video selfie tetapi mereka nyaris-nyaris maut dipanah petir.

Boleh kelihatan di atas pokok di belakang mereka terbakar disambar petir berkenaan seperti yang dipamerkan dalam video "selfie kilat" dibawah.

Semoga kejadian ini memberi iktibar pada penggemar-penggemar yang kemaruk ber"selfie" di negara kita yang memang banyak petir dan kilat, kan? -KedahNews.com