Gelagat Hari Raya: Awek Naik Myvi Pun Nak "Eksyen"?



Seperti yang dijangka, gelagat para pengguna jalanraya di musim perayaan Aidilfitri kali ini akan menjadi "viral" di kalangan pengamal media sosial.

Mungkin di zaman ini masing-masing sudah mampu memiliki telefon pintar yang mempunyai aplikasi Facebook, maka cepatlah cerita tersebar, bukan?

Manaf Zul misalnya menceritakan pengalamannya diherdik pemilik kenderaan Myvi yang hampir melanggarnya pada hari lebaran baru-baru ini.

Amboi.. "eksyen" sungguh budak-budak perempuan bertudung itu. Mungkin baru beli Myvi baru maka mereka sewenang-wenangnya merendah-rendahkan orang lain yang menggunakan motorsikal? 

Bak kata orang Kedah, baru pakai Myvi pun dah "ciwi"? Rasanya pemilik kenderaan mewah seperti Bentley atau Lamboghini pun tidak berlagak sombong begini...

Berikut adalah cerita yang dipetik dari seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Manaf Zul, seperti yang dimaksudkan:

Kisah Pemandu Myvi Yang Sombong, Hina Penunggang Motosikal

“Kereta yang hampir melangar aku tadi. Semasa berada di lorong membelok ke kanan, tiba2 kereta ini bergerak terus dan tidak membelok kejalan yang sepatutnya mngikut arah jalan yang betul. Semasa kereta ini bergerak, hampir melangar kaki aku tapi sempat mengelak dengan mengangkat kaki dan tampan tangan aku dengan tepuk pada cermin tepi sebelah belakang kereta depa ini untuk beritahu mereka yang aku kat sebelah tapi dengan selamber saja dia gerak terus tanpa hiraukan aku yang hampir jatuh.

Lepas tu depa berhenti kat depan aku pun pi.. Aku tanya, “Kenapa jalan terus sepatutnya jalan tu membelok kekanan?”

Dengan selamber juga dia jawab, ” Kau tak ada otak ka tepuk kereta aku. Ikut aku la nak jalan terus bleh jalan ja jalan tu.”

Aku pun cakap anak panah tunjuk belok kekanan bukan jalan terus. Klu langar aku mcm mna..

Minah keberet ni jawab balik: “Klu langar kau pun, aku bleh bayar la kau bodo. Yang kau tepuk kereta aku kenapa , dah la kau tu pakai motor ja. Dah la mcm kiki..” 

Aku cakap balik, “Kiki lagi baik pada angpa. Klu tak puas hati buat repot polis..”

Minah ni pun cakap: “Aku jalan betul la kau nak main ngan polis plak ek tguu sini aku col polis.”

Tgu punya tgu tak tepon pun polis. Aduih minah klu dah salah tu salah la. Minah ni pun cakap lagi, tggu aku ambik gambar masuk fb dengan you tube.. Aku pun buat jari pease masa dia ambik gambaq aku hahah..

Ni meroyan mcm naik insing mcm dia betul haha..zaman sekarang klu bertudung tu belum tentu beradab… Dah la bawa kereta sambil main telefon. Mujur aku tahan tangan aku kat kereta depa ni tadi td tdak dia bt tak tau jlan ja..ayat minah keberet ni yang paling menarik!!! (KLU LANGAR KAU PUN AKU BLEH BAYAR LA DAH LA KAU NAIK MOTOR JA) Aduyaii….tapi naik kereta Myvi ja kihkihkihkih.”

Pesan KedahNews.com, kalau gunakan kenderaan apa pun sekali, didiklah diri untuk beradab sopan pada orang lain. 

Kala salah, mohon maaflah. Kalau betul pun, janganlah berlagak "poyo". Tidak wajar menghina Manaf Zul begitu. 

Mungkin kebetulan Manaf sengaja menggunakan motorsikal untuk mengelak kesesakan jalanraya ketika kejadian dan budak-budak perempuan itu sesedap mulut menghinanya?

Dan mungkin budak-budak perempuan itu tidak tahu Manaf "parking" Maserati Granturismo di rumahnya, siapa tahu, kan? -KedahNews.com