Gelar Isteri "Gemuk" Adalah Satu Jenayah?



Ahli politik dari parti Buruh di United Kingdom, Seema Malhotra menegaskan mana-mana suami yang tergamak menggelar isteri dengan panggilan ‘gemuk’ boleh dikenakan tindakan di bawah akta keganasan rumah tangga atau keganasan domestik.

Menurut Seema, tindakan memanggil isteri dengan gelaran sebegitu merupakan salah satu daripada penderaan mental dan psikologi yang perlu dihadapi mangsa.

"Kelakuan tersebut dianggap sebagai perbuatan yagn obleh memberi kesan lebih buruk daripada serangan fizikal selain membuat para isteri menjadi takut dan terasa seperti ‘didera’ di rumah sendiri," katanya yang dipetik dari Daily Mail.

Selain itu, Seema turut mendedahkan bahawa terdapat kes di mana si isteri melarikan diri daripada rumah selepas dilanda trauma yang kronik apabila teruk dikritik suami berhubung penampilan dirinya. -KedahNews.com