Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi kata dua kepada PAS bahawa Pakatan Rakyat pasti akan berakhir sekiranya parti itu terus berdegil untuk tidak menerima Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Keenganan PAS menyebabkan Guan Eng
mendesak agar parti berkenaan menyatakan pendirian mereka secepat mungkin
berhubung perkara tersebut tanpa perlu menunggu mesyuarat kepimpinan parti yang
akan berlansung pada 17 Ogos ini.
“Pada 17 Ogos ini PAS akan
bermesyuarat untuk menentukan nasib pakatan yang turut terdiri daripada Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan DAP.
“Jika PAS enggan menerima
pertukaran Menteri Besar Selangor seperti dikehendaki PKR, ini akan menyebabkan
perpecahan pakatan di Selangor dan di seluruh negara,” katanya melalui satu
kenyataan media semalam.
Menurut Guan Eng lagi, PAS perlu
membuat keputusan dengan segera memandang 12 Ahli Undang Negeri ( ADUN) dari
Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Abdul Khalid sebgai Menteri
Besar Selangor.
“Bolehkah PAS menyatakan bahawa
mereka tidak bersama UMNO dan tidak menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri
Besar.
“Kegagalan PAS berbuat demikian
akan hanya menambah menghakis sokongan popular yang diperoleh pakatan dan merosakkan
keyakinan pengundi bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara,” tegasnya memberi amaran keras pada parti itu.
Kenyataan tersebut jelas
menunjukkan DAP seolah-olah mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam PAS
sedangkan jika dilihat semasa Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) yang lalu,
kemenangan Pakatan Rakyat banyak bergantung pada PAS.
PAS dilihat memiliki kekuatan akar umbi yang kuat dan lebih banyak mengadakan ceramah-ceramah berbentuk agama bagi menarik orang ramai mengundi Pakatan Rakyat, khususnya dari golongan masyarakat Islam.

Cakap-cakap mulut di peringkat akar umbi menunjukkan para penyokong PAS sudah serik untuk terus bersama DAP - PKR, ekoran layanan buruk dari kedua parti itu pada mereka sejak bergabung.
Ahli dan penyokong PAS mendakwa pihak mereka mengerah sepenuh tenaga, masa dan benar-benar komited bertungkus lumus sebagai jentera kempen pada pilihanraya umum dan siri pilihanraya kecil yang lalu, namun parti mereka sering dimalukan DAP dan PKR.
Desas-desus juga melaporkan sebahagian besar pemimpin PAS tawar hati dan lebih memilih untuk "berpatah arang berkerat rotan" dengan DAP - PKR, termasuk kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan partinya tidak gentar untuk keluar dari Pakatan Rakyat.
Walau bagaimanapun, beberapa penganalisis politik berpendapat bahawa PAS tidak akan berani memutuskan keluar Pakatan Rakyat disebabkan pengaruh pro-Anwar terutama dari kalangan golongan profesional yang menguasai parti itu. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor