Hero "Cinta Awak 200%" Akui Kisah Peribadi Kurang Baik



Umum mengetahui mengenai hubungan cinta yang terjalin antara pelakon Zul Ariffin dengan penerbit filem, Gayatri Su-lin Pillai sejak dua tahun lalu. 

Namun, seperti pasangan lain, hubungan mereka juga tidak terlepas daripada dugaan apabila Zul pernah digosipkan bercinta dengan pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul-Haq sekitar Jun lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini ketika ditanya sebuah portal hiburan mengenai perkembangan hubungannya dengan Gayatri, jawapan hero drama "Rindu Awak 200%" ini seolah-olah menggambarkan yang hubungan mereka kini seperti ada masalah.

"I’m not married, yet single. No status. Apa yang boleh saya katakan, perjalanan karier sangat bagus tapi kisah peribadi, semuanya tak berapa baik. 

"Kisah peribadi ini mungkin berkaitan keluarga dan bukan hubungan cinta semata-mata. Yang pasti, saya tak boleh lari dan perlu menanganinya.

"Tiada kena-mengena dengan Elfaeza, tiada langsung. Saya dengan dia tidak ada apa-apa hubungan dan kami hanya kawan rapat sahaja. Apa yang pasti, setiap projek yang bermula 2014, saya terganggu, tidak tenang dan tak teruja. Saya kena paksa diri untuk jadi gembira.

"Sebab apa, saya tak boleh kongsi kerana saya memang tak suka kongsi masalah saya dengan sesiapa sahaja termasuklah emak saya sendiri. 

"Namun, saya bersyukur Alhamdulillah kerana untuk tahun 2014 ini, rezeki saya terbuka mencurah-curah," ujarnya sambil menegaskan Elfaeza tiada kaitan dengan masalah yang dihadapinya.

Sumber asal: gua.com.my