KUALA LUMPUR – Rancangan lima
sekeluarga untuk bercuti akhirnya terbantut gara-gara menjumpai kamera
tersembunyi di bilik air tempat penginapan mereka.
Keluarga tersebut bercuti pendek
ke Ipoh sempena cuti Hari Raya dan menyewa sebuah homestay di sana.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip
Eng berkata, salah seorang ahli keluarga memberitahu, mereka bergilir-gilir
untuk mandi.
“Dia adalah orang yang terakhir
mandi. Ketika hendak menanggalkan pakaian, pandangannya tertarik kepada satu
lubang di atas siling,” kata Lim.
“Dia dengan cepat kembali memakai
pakaiannya dan mendapatkan kerusi untuk memeriksa lubang tersebut,” katanya
kepada pemberita pada Sabtu.
Lim berkata, lelaki berusia 31
tahun itu menyedari bahawa ia adalah satu kamera CCTV (kamera litar tertutup).
Dia terus menelefon polis, dan apabila mereka sampai pengurus homestay itu
diarahkan agar tidak mengunci semua bilik, jelas Lim.
“Mereka menemui sebuah bilik
kecil dengan sebuah komputer di dalamnya, yang merakam rakaman dari kamera”.
Lim berkata, rakaman dalam
komputer itu terkandung video teman wanita lelaki tersebut yang sedang mandi.
Pengurus mendakwa bahawa kamera
diletakkan di bilik mandi untuk memeriksa kecurian.
“Apabila lelaki itu membuat
laporan di Balai Polis Sungai Senam, dia berkata pegawai penyiasat tidak
mengambil kenyataan, sebaliknya meminta lelaki tersebut menyelesaikan kes ini
dengan pemilik homestay.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai
kes sivil oleh pegawai penyiasat itu,” kata Lim.
Selepas tidak mendapat apa-apa
maklum balas dari pihak berkuasa, salah seorang ghali keluarga itu mendapatkan
pertolongan Lim.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten
Komisioner Sum Chang Keong berkata beliau mengambil perhatian kes ini sudah
melihatnya.
Sumber: mStar Online